Isnin, 2 Januari 2012

Syarat-syarat Penyertaan


Syarat-syarat penyertaan Kejohanan Debat Intelektual Manchester adalah seperti berikut:

  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan.
  2. Penyertaan dibuka kepada semua pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom atau Ireland.
  3. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada tiga (3) atau empat (4) orang peserta. Keempat-empat peserta tidak semestinya daripada universiti yang sama. Namun, hanya gabungan daripada dua (2) buah universiti sahaja yang dibenarkan. (Syarat dibatalkan atas permintaan ramai dan kemaslahatan semua.) Harus diingatkan bahawa hanya tiga (3) orang daripada empat (4) orang peserta akan menyertai perdebatan bagi setiap pusingan.
  4. Setiap kumpulan perlu melengkapkan borang penyertaan di sini dengan mengisi nama peserta, tempat pengajian peserta dan nombor perhubungan sebelum tengah malam tarikh tutup pendaftaran iaitu 9 Februari 2011. 17 Februari 2011!! <--- Tarikh tutup pendaftaran dipanjangkan. :)
  5. Penyertaan pada hari kejohanan iaitu sebelum bermulanya kejohanan akan dipertimbangkan.
  6. Setiap kumpulan perlu membayar yuran penyertaan sebanyak GBP 20.00 selewat-lewatnya 14 Februari 2011 kepada akaun MCOT Manchester berikut:
    • Account Name     : Malaysian Community of Old Trafford
    • Account Number  : 02025442
    • Sort Code             : 40-31-30
    • Reference             : Debat Manchester

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada pihak pengurusan melalui emel mcotmanchester@gmail.com.

Tiada komen.

Catat Ulasan