Jumaat, 6 Januari 2012

ADA APA PADA IBU? ADA APA PADA AYAH?


          Apabila aku bangun aku akan terus ke dapur dan seperti yang aku jangkakan  sudah tersedia makanan untukku dan keluargaku. Apabila aku ingin ke sekolah, ibuku akan menyediakan  bekalan untukku. Namun, aku seringkali memaksa ibuku  menyediakan bekalan itu dalam bekas yang sebaik mungkin. Aku malu! Aku malu ingin bawa makanan dalam hanya bungkusan kertas. Aku mahu ia diletak dalam bekas yang mempunyai corak dan nampak mewah. Aku mahu ada seperti kawan-kawan aku ada. Ibu hanya tersenyum, “Anakku, inilah sahaja yang kita ada anakku. Nanti ibu belikan bila sudah sampai masanya.’’ Dalam fikiranku, “Apakah? Sampai bila? Sampai bila aku ingin menunggu? Sudah berjanggut kot, menanti dengan penuh harapan. Aku rasa, akulah seorang manusia yang paling malang dalam hidup ini kerana mempunyai keluarga yang serba tidak kena. Serba kekurangan.’’ Aku hanya meninggalkan bekalan itu disitu kerana bagiku biarlah ia disitu daripada aku dapat malu dihadapan kawan-kawanku.
               
          Ini pula hal ayah. Ayah aku ni memang seorang yang tak berhati perut bagiku. Ade ke patut suruh aku ke sekolah dengan jalan kaki. Dahlah sejauh 3kilometer tu. Jauh lah jugak weh! Takpe lah, aku fikir baik aku pergi jalan kaki daripada ayahku hantar dengan basikal buruknya tu.Apabila bulan Ramadhan menjelang, aku akan mula merungut dalam hatiku betapa seksanya hidup ni! Kenapalah aku dapat ibu ayah macam ni? Aku nak rasa hidup macam kawan-kawan aku. Aku nak motor, laptop dan handphone.
               
          Sehinggalah sampai satu masa, terbit persoalan dalam lubuk hatiku bertanyakan apakah salah kedua ibu bapaku sebenarnya? Bukan mereka yang salah.Ia adalah salah aku. Dimana tanggungjawab aku sebagai seorang anak? Pernahkah mereka mengeluh walau penat lelah mencari nafkah hidup untuk aku? Pernahkah? Kenapa kah selama ini aku terlalu hanyut dalam pandangan manusia yang tidak memberi apa-apa faedah kepada aku dan keluarga aku? Kenapa? Oh,Ya ALLAH betapa berdosanya aku berfikiran begitu kepada mereka. Ibuku bangun seawal 4pagi hanya untuk menampung pencarian nafkah keluarga, selain ayah yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Tidak pernah aku melihat mereka menarik muka keletihan di hadapanku.
               
          Namun, tatkala aku sedar akan kesalahanku ini, ibuku sudah tiada. Ibu sudah pergi buat selama-lamanya. Tidak lagi ku sempat mengucapkan kepadanya, “Ibu,saya sayang ibu.” Tidak sempat lagi aku meluahkan rasa terima kasihku pada ibu yang selama ini hanya memekakkan telinga dengan perangaiku. Oh,Ya ALLAH,adakah ibu menghalalkan semua makan dan minumku? Adakah dia menghalalkan susu yang diberi olehnya padaku? Dengan seduan tangisku, terlintas wajah ibu yang mengukir senyuman dalam keletihan. Aku tidak dapat lagi menahan sebak ini. Tatkala itu, ayahku yang dilabelkan sebagai ‘ayah kejam’ datang memelukku. Ketika itu, aku terkejut dengan tindakan ayah yang tidak pernah berbuat demikian kepadaku selama aku bergelar anak kepadanya. Kata ayah ketika itu, “Anakku, janganlah kamu bersedih. Ayah percaya, kamu seorang yang kuat. Ayah tidak mahu terlambat untuk mengatakan bahawa ayah KASIH kepada kamu nak.” Ayat yang terlalu hebat aku pernah dengar sepanjang hidupku. Aku terus mengucup pipi ayahku dan bermula hari itu, aku selalu menyatakan rasa kasih aku pada ayah supaya aku tidak terlambat untuk mengatakannya. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Setelah ibu tiada, barulah ku tahu bahawa semua yang ayah dan ibu aku lakukan selama ini adalah supaya aku menjadi seorang insan yang tidak mudah lemah, insan yang pandai berdikari dan berhati kental. Cara didikan ayahku ini memang menjadikan aku seorang yang rendah diri dalam apa jua yang aku lakukan. Kini, hanya doa yang dapat aku kirimkan kepada ibu yang aku rasakan kejam selama ini.’’ Ibu, anakmu amat mencintai dan mengasihimu ibu’’. Inilah kalimah yang inginku sebut jika dapat diundurkan masa.

Kawan-kawan ingatlah selagi ibu dan ayah kita masih berada bersama kita ucapkanlah rasa kasih dan sayang kamu pada mereka walaupun mungkin kamu tidak biasa dengan ucapan ini.Turunkalah rasa egomu itu.Berterima kasihlah kepada mereka selagi mana hayat mereka dikandung badan.Bila masanya telah datang tiada gunanya lagi untuk kita menyesal.




AL-FATIHAH KEPADA ARWAH-ARWAH IBU DAN AYAH YANG TELAH TIADA.



-itsmiler-

Pelajar Tahun Pertama

Tiada komen.

Catat Ulasan