Pertembungan Minda | Wacana
Membina | Medan Sosial
Buat pertama kalinya, sebuah kejohanan debat yang membariskan pendebat-pendebat
dari seluruh UK dan Ireland akan diadakan di
Manchester. MCOT menyasarkan untuk menjadikan program ini sebagai acara tahunan
untuk semua warga Malaysia di UK dan Ireland.
Selain merupakan medan membahaskan isu-isu semasa secara intelektual dan sihat, kejohanan ini juga pastinya mampu menjadi medan untuk warga Malaysia di perantauan bersosial sesama sendiri serta mencari rakan baru.
Ayuh, jangan tunggu lagi! Sertai kami dalam pertembungan minda antara warga Malaysia di UK dan Ireland ini. Kejohanan akan diadakan pada 18 dan 19 Februari, bertempat di University of Manchester. Penginapan untuk para peserta dan hakim akan disediakan oleh pihak penganjur.
Kejohanan terbuka kepada semua warga Malaysia yang tinggal di UK dan Ireland. Pendaftaran akan dibuka dalam masa terdekat. Jadi, nantikan kemunculan kami lagi selepas ini.
"COMING SOON"
Contact details :
Nabil : +447598791486
Syhuhada : +447428778752
Email : mcotmanchester@gmail.com







Tiada komen.
Catat Ulasan