Sabtu, 24 Disember 2011

BIG COSY 2011


Assalamualaikum wbt.

          Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas segala kurniaan dan nikmat yang diberikanNya kepada kita semua. Pada 15 Disember 2011 yang lalu, Malaysian Community of Old Trafford (MCOT) telah menganjurkan sebuah program yang dikenali sebagai BIG COSY. Program ini merupakan kesinambungan daripada program berkala COSY – Circle of Super Youth – yang menghimpun warga MCOT beramai-ramai bagi mendengar pengisian yang diberikan oleh EXCO Kerohanian sendiri ataupun penceramah jemputan.

Para peserta muslimin


Para peserta muslimat

          Untuk BIG COSY kali ini, pengisian diberikan oleh EXCO Kerohanian sendiri iaitu saudara Hazman Baharom – yang juga merupakan penulis artikel “Adam Smith, Ibn Khaldun, dan Bagaimana Islam Berfikir” dan “Vergegenwärtigung Hijrah: Realisme dan Realiti”. BIG COSY yang membawa tajuk “Hijrah: Antara Cinta dan Cita” ini mengulas lanjut mengenali dua penulisan di atas serta membawa kita menyingkap semula sejarah peristiwa hijrah nabi Muhammad SAW.


          Pengisian ilmiah BIG COSY diikuti pula dengan pengisian jasmani yang disediakan oleh komuniti MCOT sendiri. Sepertimana diuar-uarkan oleh saudara pengerusi majlis, Nazirul Aslam Mohd Nashir, para peserta diminta agar menyuapkan makanan kepada sahabatnya terlebih dahulu sebelum kepada diri-sendiri bagi mengeratkan silaturrahim semasa warga MCOT.


"Haih, bila nak makan ni??"

"Bismillah.."

"Ko nak makan ke tak? Cepat, aku nak makan pulak.."



Wan Mohamad Husni Wan Mokhtar
EXCO Media dan Penerangan I 2011/2012

Tiada komen.

Catat Ulasan