Berbicara tentang cinta memang seronok. Masing-masing punya cerita tersendiri. Ada yang punya angan-angan yang tidak kurang hebatnya. Ada yang kepingin cerita cintanya sama seperti cerita cinta korea. Ada pula yang inginkan cerita cintanya seindah kisah yang dipaparkan dalam karya Pak Habiburrahman, Ayat-ayat Cinta. Pendek kata, setiap seorang punya cerita dan juga impian unik yang mungkin hanya boleh difahami oleh diri mereka sendiri. Subjektif.
Seperti angin yang menderu, tiada kelihatan tetapi lembut menyapa. Seperti itulah cinta. Tiada kelihatan tetapi terasa manisnya.
Seperti bulan dan bintang, terus setia menghiasi langit dunia. Seperti itulah cinta, Punya aura untuk terus menghiasi hati manusia.
Seperti bulan dan bintang, terus setia menghiasi langit dunia. Seperti itulah cinta, Punya aura untuk terus menghiasi hati manusia.
Cinta itu mampu meriangkan, mampu juga meresahkan
Senarai perumpaan cinta ini terus pelbagai. Setiap insan punya definisi tersendiri dalam menafsirkan cinta berdasrkan kepada pemerhatian dan mungkin juga pengalaman. Ada yang mengandaikannya seperti mawar yang mekar mewangi ditaman, bahkan ada juga yang menyamakannya seperti kurap, makn digaru makin sedap. Kreatif dan juga inovatif apabila berkata tentang cinta.
Apabila dibuai cinta, mabuk dalam perasaan, maka tanpa kita sedari kita ini menjadi pejuang. Berjuang dalam erti kata mempertahankan cinta yang kita miliki. Tanpa kenal erti putus asa, cinta itu cuba sedaya upaya untuk dipertahankan walau terpaksa berkorban nyawa. Maka lahirlah kata-kata seperti “lautan api sanggup aku renangi” dan sebagainya.Oh cinta.
Fitrah kita dalam mempertahankan apa yang kita cintai dan sayangi. Lihatlah bagaimana Abu Talib mempertahankan anak saudarnya, Muhammad walaupun hatinya tertutup dalam menerima Islam. Semuanya dilakukan demi cinta dan sayangnya kepada Muhammad SAW. Juga kita melihat bagaimana cinta Ali kepada sepupunya sehingga mendorongnya untuk menggantikan Muhammad di tempat tidurnya ketika peristiwa hijrah. Malah tidurnya pada malam itu merupakan tidur yang paling nyenyak sepanjang hidupnya. Aduhai cinta.
Bukankah Allah menjadikan segala nikmat didunia ini sebagai bukti cintaNya kepada setiap hamba yang mendambakan cintaNya
Tiada siapa yang mampu menafikan bahawa cinta itu fitrah yang wujud dalam diri setiap manusia. Imbas kembali kisah Fatimah yang menyimpan perasaan terhadap Ali sehinggalah dia menjadi suaminya yang sah. Tiada yang salah dalam cinta.
Cinta itu suci.
Cinta merupakan suatu perasaan besar yang wujud dalam diri kita sebagai manusia. Bahkan suci sifatnya. Suci daripada maksiat yang akhirnya mengotorkannya. Cinta jika dijaga maka bersinarlah ia, tetapi jika dikotorinya maka punahlah ia.
Cinta itu fitnah.
Boleh jadi cinta manusia yang kita dambakan menjadikan kita ini lalai, jauh dari pencipta. Pernah saja seorang akh yang terpuji sifatnya akhirnya tersungkur disebabkan cinta yang gagal dikawalnya. Cinta yang tidak dipagari dengan iman bukan sahaja mendatangkan kemudaratan bahkan menjadikan pendambanya tersungkur dengan bujukan syaitan.
Cinta sebagai penguat.
Seperti akar yang menghunjam jauh ke tanah, menjadi pondasi kukuh kepada sosok pokok yang gah berbuah ranum. Seperti itulah cinta. Menjadi pondasi untuk kita berdiri teguh. Menjadi daya penolak kepada kita untuk terus bergerak walau sesekali terjatuh.
Pejamlah matamu, rasakan kelembutan angin yang menderu. Tariklah nafasmu, rasakan getaran cinta yang mengalir dalam dirimu.
Bukahlah matamu dan saksikanlah setiap nikmat kurniaan Tuhan. Bukankah ia menjadi bukti kecintaanNya kepada setiap hambaNya?
Mari berbicara tentang cinta.
Ayuh kenali cinta.
Bersama kita menghayati makna cinta.
AkhiAlgebra,
John Rylands Library [3:11 am]
Ayuh kenali cinta.
Bersama kita menghayati makna cinta.
AkhiAlgebra,
John Rylands Library [3:11 am]








Tiada komen.
Catat Ulasan