Logo Rasmi MCOT
Malaysian Community of Old Trafford atau lebih dikenali sebagai MCOT merupakan sebuah
persatuan komuniti yang ditubuhkan oleh warga Malaysia yang tinggal di Old
Trafford pada tahun 1999. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelajar
daripada empat buah universiti, iaitu:
- South Campus
- North Campus
- Manchester Metropolitan University
- University of Salford
Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, South Campus dan North Campus (atau lebih tepat Victoria University of Manchester dan University of Manchester Institute of Science and Technology) telah bergabung di bawah nama The University of Manchester.
Keahlian MCOT pada asalnya
terbuka kepada mana-mana warga Malaysia atau mereka yang berketurunan Melayu,
yang tinggal di sekitar Old Trafford. Walau bagaimanapun, sekitar tahun 2006,
kenaikan elaun yang diberikan oleh pihak penaja membuatkan ramai
pelajar yang berpindah ke kawasan baru iaitu Rusholme atas beberapa faktor,
antaranya:
- Lebih dekat dengan universiti.
- Merupakan tempat makanan halal.
- Kawasan yang lebih selamat untuk didiami.
Persatuan ini ditubuhkan
bagi mencapai beberapa objektif:
- Untuk mewujudkan suasana yang mesra di mana semua ahli diberi layanan yang sama dan adil.
- Untuk mengikut ajaran Islam dan cara Nabi Muhammad SAW.
- Untuk membolehkan ahli-ahli lain dengan kepercayaan dan agama yang berlainan hidup dalam suasana harmoni.
- Untuk memudahkan mana-mana pentadbiran dan penyebaran maklumat dari Persatuan Pelajar Malaysia (MSS) dan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD).
- Untuk menyediakan arena bagi pelajar untuk meluahkan idea-idea mereka dan menyumbang ke arah memperbaiki masyarakat.
- Untuk membantu antara satu sama lain dalam kehidupan seharian dan kebajikan.
- Untuk bertindak sebagai platform 'senior-junior' di mana individu-individu yang berpengalaman dapat membantu pendatang baru dalam semua isu yang berkaitan bagi menghadapi kehidupan di Manchester, dan secara amnya di United Kingdom.
- Untuk mengatur dan menganjurkan aktiviti-aktiviti dengan tujuan pembangunan individu, dari segi fizikal dan rohani.






