Kenali Malaysian Community of Old Trafford

Malaysian Community of Old Trafford atau lebih dikenali sebagai MCOT merupakan sebuah persatuan komuniti yang ditubuhkan oleh warga Malaysia yang tinggal di Old Trafford pada tahun 1999. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelajar daripada empat buah universiti...

Kejohanan Debat Intelektual Manchester

Buat pertama kalinya, sebuah kejohanan debat yang membariskan pendebat-pendebat dari seluruh UK dan Ireland akan diadakan di Manchester. MCOT menyasarkan untuk menjadikan program ini sebagai acara tahunan untuk semua warga Malaysia di UK dan Ireland.

Rabu, 11 Januari 2012

Kenyataan Rasmi MCOT Sempena Tahun Baru 2012




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pertamanya, kami ingin mengajak semua warga MCOT untuk sentiasa memperbaiki dan memperkasakan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T., di samping mensyukuri hakikat bahawa kita masih lagi berada dalam kondisi beriman dan masih boleh mengucapkan kalimah “Saksikan, bahawa aku masih lagi seorang Muslim!”. Seterusnya, selawat dan salam kita panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., yang telah berjuang dengan jiwa dan raga baginda, demi menegakkan syair Islam di atas muka bumi, di samping memperingati perjuangan sahabat baginda.


Ahli MCOT yang dihormati sekalian,


Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan “Selamat Tahun Baru 2012” kepada semua warga MCOT, meskipun telah 10 hari berlalu dalam tahun baru ini. Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk menjalani kehidupan sehingga ke hari ini. Semoga segala objektif dan azam kita pada tahun 2011 telah kita laksanakan dengan jayanya. Harapnya kita dapat mengambil ‘ibrah’ atau pengajaran daripada setiap usaha dan keringat yang telah kita lakukan untuk mencapai objektif dan azam kita untuk tahun lepas. Kami mendoakan agar kalian semua telah pun bersedia dengan objektif yang baru bagi menghadapi tahun 2012 yang semestinya boleh jadi lebih mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Di kesempatan ini, kami ingin mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi bersempena dengan kehadiran tahun baru 2012. Dengan sukacitanya, kami memilih tajuk “Jernihkan pemikiran, bukakan minda” sebagai tema kenyataan rasmi ini. InsyaAllah, kami akan menerangkan tajuk ini dengan lebih lanjut dan harapnya kalian semua mendapat manfaat daripada penulisan ini.


Mengikut Kamus Dewan, ‘pemikiran’ boleh disinonimkan sebagai satu proses atau perihal berfikir. ‘Minda’ pula boleh dimaksudkan sebagai akal fikiran atau daya berfikir. Berdasarkan definisi-definisi di atas, maka bolehlah kita simpulkan ‘pemikiran’ dan ‘minda’ itu sebagai perkara-perkara yang berkait rapat dengan buah fikiran atau ide yang pastinya akan mempengaruhi cara hidup atau cara pandang seseorang itu. Jika seseorang itu mempunyai fikiran yang jernih dan minda yang terbuka, sudah tentu “lifestyle” atau “the way he accesses the surroundings” akan menjadi lebih bermakna dan berguna kepada dirinya dan juga orang sekeliling.


Ahli MCOT yang kami kasihi sekalian,


Kita sering mendengar ungkapan popular yang berbunyi “aku dah lama makan garam” yang sering menjadi pertuturan golongan emas apabila berbicara kepada golongan muda, atau istilah barunya “generasi Y”. Ungkapan ini merupakan sebuah kiasan oleh orang-orang tua bagi menunjukkan bahawa mereka telah banyak menempuhi peristiwa-peristiwa signifikan dalam kehidupan mereka.  Peristiwa-peristiwa ini telah menjadikan mereka lebih berpengalaman dan matang dalam menjalani kehidupan masing-masing. Sementara itu, jika kita renungkan kembali, kita sendiri juga telah menjalani proses menghadapi peristiwa-peristiwa dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, kita baru sahaja menjalani kehidupan selama 365 hari pada tahun 2011. Dalam tempoh masa yang tidaklah terlalu singkat ini, sudah tentu banyak peristiwa yang telah kita tempuhi, sama ada peristiwa itu manis, atau pahit. Kegembiraan kita alami. Tangisan juga kita alami. Berbalik kepada kata-kata golongan emas tersebut, kami pasti bahawa peristiwa-peristiwa dalam hidup itulah yang dimaksudkan oleh golongan emas dalam ungkapan mereka yang masyhur itu. Justeru, marilah kita sama-sama menjadikan setiap peristiwa manis itu sebagai pembakar semangat untuk kita terus berjuang di tahun baru ini, dan peristiwa pahit itu sebagai pengalaman dan pengajaran kepada kita agar kita menjadi lebih matang dalam menentukan arah tuju kehidupan kita selepas ini.


Allah S.W.T banyak menceritakan kepada kita sirah yang berlaku semenjak zaman Bapa kepada semua manusia, Nabi Adam a.s sehinggalah kepada nabi akhir zaman, Nabi Muhammad S.A.W.. Jika difikirkan kembali, mengapa Allah menceritakan kejadian-kejadian ini kepada kita? Sudah tentulah Allah mahukan hamba-hamba-Nya untuk mengambil iktibar atau ‘ibrah’ daripada setiap peristiwa yang berlaku itu, agar diteguhkan hati-hati orang yang beriman seperti yang disebut dalam Surah Hud, ayat ke-120. Selain itu, khalifah keempat daripada Khulafa’ ar-Rasyidin, Saidina Ali karamallahu wajhah pernah berkata “mukmin yang sebenar tidak akan terkena sengatan binatang yang berada dalam lubangnya dua kali”. Jika kita memerhatikan bait-bait kata ini, Saidina Ali menganjurkan kepada kita supaya mengambil iktibar daripada setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita, agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa hadapan. Ahli pemikir Amerika, George Santayana juga telah menyampaikan mesej yang sama dalam kenyataan beliau yang berbunyi “those who cannot remember the past are condemned to repeat it”. Akhir sekali, bangsa Melayu kita sendiri juga punyai sebuah peribahasa yang terkenal berkenaan perkara ini, iaitu “jangan pisang berbuah dua kali”. Kami pasti, bahawa kalian semua memahami pepatah ini dengan jelas.


Persoalannya sekarang, mengapakah kita perlu menjernihkan pemikiran kita? Apabila timbulnya persoalan seperti ini, kami tidak bermaksud yang pemikiran kita sekarang ini kotor atau berkelodak. Apa yang kami cuba ketengahkan adalah kita perlulah sentiasa memuhasabah pemikiran kita sendiri dan berusaha untuk menjernihkan pemikiran kita kerana mungkin kita terlupa atau terlanjur sekali-sekala dalam membuat ‘decisions’. Pemikiran yang jernih boleh membantu kita untuk menerima perkara baru yang mungkin bermanfaat untuk kita pada masa hadapan. Hakikatnya, terdapat golongan yang menganggap sebarang pemikiran baru itu boleh menggugat pendirian atau ‘stand’ yang mereka ada sekarang. Lebih malang lagi, kumpulan ini terus menutup telinga mereka daripada mendengar sebarang perkara atau cadangan baru. Akibatnya, kumpulan itu akan terus berpegang dengan pendapat yang mereka miliki dan perkara yang ada kemungkinan untuk benar akan dianggap salah oleh mereka. “Hanya kami sahajalah yang betul. Yang lain-lain salah!”, itulah pegangan mereka. Suka untuk kami analogikan penjernihan pemikiran dengan analogi cawan dan air kopi. Apakah yang perlu kita dilakukan untuk kita menambah air kopi baru ke dalam cawan yang sudah berisi air kopi yang lama? Sudah tentu kita perlu mengosongkan cawan itu, sama ada dengan cara meminum habis air kopi yang asal atau membuang air kopi itu ke sinki. Jika cawan itu tidak kosong, mana mungkin untuk kita menambah air kopi yang baru tadi? Akhirnya, kita sendiri tidak dapat merasai air kopi baru itu yang mungkin lebih enak daripada yang asal. Di sini, cawan itu bolehlah kita anggapkan sebagai pemikiran kita, air kopi yang baru itu sebagai pandangan baru, air kopi yang lama itu sebagai pandangan tradisional atau lama, dan proses mengosongkan cawan itu sebagai proses menjernihkan pemikiran kita.


Ahli MCOT yang kami hormati sekalian,


Selain itu juga, kami ingin menyentuh sedikit mengenai konsep “membuka minda”.  Perbuatan kita untuk membuka minda adalah bermaksud kita bersedia untuk mendengar perkara baru dan cuba untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya. Kita sendiri akan menjadi lebih ‘updated’ jika kita membuka minda kita kepada pandangan atau cadangan baru. Seiring dengan peredaran zaman, banyak perkara telah berubah dan akan berubah lagi pada masa hadapan, seperti kata-kata Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah, seorang tokoh dakwah di Indonesia, di mana beliau menyatakan bait-bait kata berikut, “Perubahan sebagai tabiat. Perubahan sebagai kenyataan. Bahkan keharusan dalam tabiat di alam semesta ini”. Kita sendiri tidak boleh terleka dan mestilah terus bersedia untuk mengemaskini minda kita. Tetapi perlu di ingat, setiap perkara baru itu mestilah dirujuk kembali kepada syariat Islam seperti yang telah ditulis di dalam Al-Quran dan Hadis. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah bersabda bahawa baginda telah meninggalkan kepada umat baginda dua perkara, di mana umat baginda tidak akan sesat buat selamanya, jika mereka tetap dan teguh berpegang dengan kedua-duanya. Di situlah Al-Quran dan Hadis. Justeru, umat Islam mestilah berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis untuk mengelakkan diri terseleweng mahupun tersesat dalam mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan duri ini.


Akhir kalam, marilah kita berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik pada masa depan insyaAllah. Seribu kemaafan kami pohon jika terdapat kesilapan dalam kenyataan ini. Sekali lagi kami ingin mengucapkan selamat menempuhi tahun baru 2012 dan semoga kita semua sentiasa berada dalam keberkatan Allah S.W.T.


"MCOT FOR ALL, BY ALL"


Sekian, terima kasih.


Nik Mohd Farhan bin Mohd Ariffin
Penghulu MCOT 2011/2012
Malaysian Community of Old Trafford

Jumaat, 6 Januari 2012

ADA APA PADA IBU? ADA APA PADA AYAH?


          Apabila aku bangun aku akan terus ke dapur dan seperti yang aku jangkakan  sudah tersedia makanan untukku dan keluargaku. Apabila aku ingin ke sekolah, ibuku akan menyediakan  bekalan untukku. Namun, aku seringkali memaksa ibuku  menyediakan bekalan itu dalam bekas yang sebaik mungkin. Aku malu! Aku malu ingin bawa makanan dalam hanya bungkusan kertas. Aku mahu ia diletak dalam bekas yang mempunyai corak dan nampak mewah. Aku mahu ada seperti kawan-kawan aku ada. Ibu hanya tersenyum, “Anakku, inilah sahaja yang kita ada anakku. Nanti ibu belikan bila sudah sampai masanya.’’ Dalam fikiranku, “Apakah? Sampai bila? Sampai bila aku ingin menunggu? Sudah berjanggut kot, menanti dengan penuh harapan. Aku rasa, akulah seorang manusia yang paling malang dalam hidup ini kerana mempunyai keluarga yang serba tidak kena. Serba kekurangan.’’ Aku hanya meninggalkan bekalan itu disitu kerana bagiku biarlah ia disitu daripada aku dapat malu dihadapan kawan-kawanku.
               
          Ini pula hal ayah. Ayah aku ni memang seorang yang tak berhati perut bagiku. Ade ke patut suruh aku ke sekolah dengan jalan kaki. Dahlah sejauh 3kilometer tu. Jauh lah jugak weh! Takpe lah, aku fikir baik aku pergi jalan kaki daripada ayahku hantar dengan basikal buruknya tu.Apabila bulan Ramadhan menjelang, aku akan mula merungut dalam hatiku betapa seksanya hidup ni! Kenapalah aku dapat ibu ayah macam ni? Aku nak rasa hidup macam kawan-kawan aku. Aku nak motor, laptop dan handphone.
               
          Sehinggalah sampai satu masa, terbit persoalan dalam lubuk hatiku bertanyakan apakah salah kedua ibu bapaku sebenarnya? Bukan mereka yang salah.Ia adalah salah aku. Dimana tanggungjawab aku sebagai seorang anak? Pernahkah mereka mengeluh walau penat lelah mencari nafkah hidup untuk aku? Pernahkah? Kenapa kah selama ini aku terlalu hanyut dalam pandangan manusia yang tidak memberi apa-apa faedah kepada aku dan keluarga aku? Kenapa? Oh,Ya ALLAH betapa berdosanya aku berfikiran begitu kepada mereka. Ibuku bangun seawal 4pagi hanya untuk menampung pencarian nafkah keluarga, selain ayah yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Tidak pernah aku melihat mereka menarik muka keletihan di hadapanku.
               
          Namun, tatkala aku sedar akan kesalahanku ini, ibuku sudah tiada. Ibu sudah pergi buat selama-lamanya. Tidak lagi ku sempat mengucapkan kepadanya, “Ibu,saya sayang ibu.” Tidak sempat lagi aku meluahkan rasa terima kasihku pada ibu yang selama ini hanya memekakkan telinga dengan perangaiku. Oh,Ya ALLAH,adakah ibu menghalalkan semua makan dan minumku? Adakah dia menghalalkan susu yang diberi olehnya padaku? Dengan seduan tangisku, terlintas wajah ibu yang mengukir senyuman dalam keletihan. Aku tidak dapat lagi menahan sebak ini. Tatkala itu, ayahku yang dilabelkan sebagai ‘ayah kejam’ datang memelukku. Ketika itu, aku terkejut dengan tindakan ayah yang tidak pernah berbuat demikian kepadaku selama aku bergelar anak kepadanya. Kata ayah ketika itu, “Anakku, janganlah kamu bersedih. Ayah percaya, kamu seorang yang kuat. Ayah tidak mahu terlambat untuk mengatakan bahawa ayah KASIH kepada kamu nak.” Ayat yang terlalu hebat aku pernah dengar sepanjang hidupku. Aku terus mengucup pipi ayahku dan bermula hari itu, aku selalu menyatakan rasa kasih aku pada ayah supaya aku tidak terlambat untuk mengatakannya. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Setelah ibu tiada, barulah ku tahu bahawa semua yang ayah dan ibu aku lakukan selama ini adalah supaya aku menjadi seorang insan yang tidak mudah lemah, insan yang pandai berdikari dan berhati kental. Cara didikan ayahku ini memang menjadikan aku seorang yang rendah diri dalam apa jua yang aku lakukan. Kini, hanya doa yang dapat aku kirimkan kepada ibu yang aku rasakan kejam selama ini.’’ Ibu, anakmu amat mencintai dan mengasihimu ibu’’. Inilah kalimah yang inginku sebut jika dapat diundurkan masa.

Kawan-kawan ingatlah selagi ibu dan ayah kita masih berada bersama kita ucapkanlah rasa kasih dan sayang kamu pada mereka walaupun mungkin kamu tidak biasa dengan ucapan ini.Turunkalah rasa egomu itu.Berterima kasihlah kepada mereka selagi mana hayat mereka dikandung badan.Bila masanya telah datang tiada gunanya lagi untuk kita menyesal.




AL-FATIHAH KEPADA ARWAH-ARWAH IBU DAN AYAH YANG TELAH TIADA.



-itsmiler-

Pelajar Tahun Pertama

Isnin, 2 Januari 2012

Kejohanan Debat Intelektual Manchester


Pertembungan Minda | Wacana Membina | Medan Sosial


Sehubungan kejohanan debat yang diuar-uarkan pada 15 Disember 2011 yang lalu di sini, Malaysian Community of Old Trafford (MCOT) ingin mengumumkan bahawa kejohanan debat yang julung-julung kali diadakan di United Kingdom ini membawa tema:


"Wahana Kegemilangan Masa Depan"

Ayuh cepat-cepat mendaftar! Pendaftaran boleh dibuat melalui halaman "Syarat-syarat Penyertaan"  di siniTempat adalah terhad!

Mari mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan skil untuk berhujah secara intelektual dan sihat, serta mengukuhkan penguasaan Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia.

Pastinya hadiah yang menarik menanti para peserta yang berjaya berdiri teguh dengan hujah yang bernas dan berasaskan ilmu!

Jom memeriahkan Kejohanan Debat Intelektual Manchester pada 18 Februari 2012 nanti!!




Sertai kami di Facebook eventhttps://www.facebook.com/events/304173099614002/

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak penganjur melalui emel mcotmanchester@gmail.com.

Syarat-syarat Penyertaan


Syarat-syarat penyertaan Kejohanan Debat Intelektual Manchester adalah seperti berikut:

  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan.
  2. Penyertaan dibuka kepada semua pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom atau Ireland.
  3. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada empat (4) orang peserta. Keempat-empat peserta tidak semestinya daripada universiti yang sama. Namun, hanya gabungan daripada dua (2) buah universiti sahaja yang dibenarkan. (Syarat dibatalkan atas permintaan ramai dan kemaslahatan semua.) Harus diingatkan bahawa hanya tiga (3) orang daripada empat (4) orang peserta akan menyertai perdebatan bagi setiap pusingan.
  4. Setiap kumpulan perlu melengkapkan borang penyertaan di sini dengan mengisi nama peserta, tempat pengajian peserta dan nombor perhubungan sebelum tengah malam tarikh tutup pendaftaran iaitu 9 Februari 2011.
  5. Setiap kumpulan perlu membayar yuran penyertaan sebanyak GBP 20.00 selewat-lewatnya 14 Februari 2011 kepada akaun MCOT Manchester berikut:
    • Account Name     : Malaysian Community of Old Trafford
    • Account Number  : 02025442
    • Sort Code             : 40-31-30
    • Reference             : Debat Manchester

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada pihak pengurusan melalui emel mcotmanchester@gmail.com.

Ahad, 1 Januari 2012

Teleconference: Air Mata Gaza bersama MCOT dan Muslim Care Malaysia dengan kerjasama Nur Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

          Pertamanya saya ingin mengajak saudara seIslam saya untuk mengucapkan selawat ke atas junjngan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan juga salam sejahtera didoakan kepada para sahabat Baginda, tabi’ dan juga tabi’ tabi’in.



          Alhamdulillah dengan keizinan-Nya, pihak MCOT dengan kerja sama Muslim Care Malaysia telah berjaya mengadakan satu teleconference dengan tajuk “Air Mata Gaza”. Program ini telah diadakan pada 25 Disember 2011, jam 9 malam sehingga 11 malam bertempat di rumah 114 Heald Grove Manchester. Teleconference ini telah  disiarkan ke seluruh UK dan Ireland serta beberapa buah negara lain seperti Malaysia dan Mesir. Saluran yang digunakan untuk menyiarkan program ini adalah saluran Ustream MCOT dan juga saluran Ustream Nur Ramadhan. Rakaman program ini boleh didapati di sini: http://www.ustream.tv/recorded/19386096

          Program ini telah menampilkan empat orang tokoh yang merupakan penggerak kepada Muslim Care Malaysia. Empat orang tokoh ini adalah Haji Zulkifli Wahijan, Haji Zakaria Latif, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Ghani dan juga Ustaz Riduan Mohd Nor. Masing-masing telah memberikan pengisian berkenaan dengan pengenalan kepada Muslim Care, projek terbaru Muslim Care di Palestin (rujuk minit ke 00:19:33 rakaman):, kepentingan untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin dan juga sedikit perkongsian berkenaan dengan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara kita di Palestin. Alhamdulillah penerangan dan juga perkongsian yang diberikan oleh ke empat-empat penceramah ini telah mampu memberi input berguna kepada para pendengar di studio dan juga di tempat-tempat lain. Alhamdulillah juga kita ucapkan kerana program ini telah berjaya menarik seramai 137 orang pendengar dari UK, Ireland, Malaysia dan juga Mesir.

         Pada malam tersebut juga, pihak Muslim Care Malaysia juga telah berjaya melancarkan kutipan derma online untuk mengumpul dana pembinaan masjid di Gaza, Palestin. Untuk mendapatkan perincian mengenai dengan derma online ini, bolehlah rujuk kepada poster acara ini, insyaAllah.


         Saya sebagai mewakili pihak MCOT ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Muslim Care Malaysia, Nur Ramadhan dan juga para pendengar yang sudi meluangkan sedikit masa untuk sama-sama mendengar pengisian dalam teleconference ini. Pihak MCOT juga memohon maaf atas kualiti rakaman yang kurang memuaskan.




"MCOT For All, By All"

NIK MOHD FARHAN BIN MOHD ARIFFIN
PENGHULU MCOT 2011/2012

Jumaat, 30 Disember 2011

Dedikasi Sempena Peperiksaan Januari 2012




Assalamualaikum semua

EXAM datang lagi!
Bersempena dgn exam Januari ni, pihak MCOT akan menganjurkan...

DEDIKASI SEMPENA EXAM JANUARI 2012!!

dalam satu dedikasi, ada:
1. Donut Krispy Kreme
2. pesanan peribadi untuk penerima

satu dedikasi: GBP 1.00


dedikasi untuk yg SAMA JANTINA dgn diri sendiri je ye. yg sudah bernikah pula, akan dipertimbangkan. hubungi saya secara personal :D

berminat?

sila isi borang ini: 
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?hl=en_US&formkey=dExQX0xNTTZmMXBGbWVFcnFiLWwyMXc6MQ#gid=0

MARI MARI BAHAGIAKAN SAHABAT2 ANDA :D

-tarikh tutup order pada 6hb Januari 2012
-penghantaran akan dilakukan pada 7hb Januari 2012 (semasa solat hajat nanti)



bayaran boleh dilakukan melalui akaun berikut : 
account number: 36578968
sort code: 309542

#first come first serve basis. cepat!!!! donut sedap terhad!

NUR SYHUHADA OM
EXCO KEBAJIKAN

Sabtu, 24 Disember 2011

BIG COSY 2011


Assalamualaikum wbt.

          Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas segala kurniaan dan nikmat yang diberikanNya kepada kita semua. Pada 15 Disember 2011 yang lalu, Malaysian Community of Old Trafford (MCOT) telah menganjurkan sebuah program yang dikenali sebagai BIG COSY. Program ini merupakan kesinambungan daripada program berkala COSY – Circle of Super Youth – yang menghimpun warga MCOT beramai-ramai bagi mendengar pengisian yang diberikan oleh EXCO Kerohanian sendiri ataupun penceramah jemputan.

Para peserta muslimin


Para peserta muslimat

          Untuk BIG COSY kali ini, pengisian diberikan oleh EXCO Kerohanian sendiri iaitu saudara Hazman Baharom – yang juga merupakan penulis artikel “Adam Smith, Ibn Khaldun, dan Bagaimana Islam Berfikir” dan “Vergegenwärtigung Hijrah: Realisme dan Realiti”. BIG COSY yang membawa tajuk “Hijrah: Antara Cinta dan Cita” ini mengulas lanjut mengenali dua penulisan di atas serta membawa kita menyingkap semula sejarah peristiwa hijrah nabi Muhammad SAW.


          Pengisian ilmiah BIG COSY diikuti pula dengan pengisian jasmani yang disediakan oleh komuniti MCOT sendiri. Sepertimana diuar-uarkan oleh saudara pengerusi majlis, Nazirul Aslam Mohd Nashir, para peserta diminta agar menyuapkan makanan kepada sahabatnya terlebih dahulu sebelum kepada diri-sendiri bagi mengeratkan silaturrahim semasa warga MCOT.


"Haih, bila nak makan ni??"

"Bismillah.."

"Ko nak makan ke tak? Cepat, aku nak makan pulak.."



Wan Mohamad Husni Wan Mokhtar
EXCO Media dan Penerangan I 2011/2012